Pengenalan
Modul-modul

 

1)Pengenalan

 

2)Pengajaran

 

3)Latihan
Doa
Tokoh
Dalil
Kenapa anda perlukan perisian ini?

PENGENALAN
Perisian ini adalah hasil gabungan pintar guru-guru sains berpengalaman dan pakar-pakar teknologi maklumat. InsyaAllah perisian ini boleh menarik minat murid-murid belajar sains melalui grafik yang menarik,teks yang padat, muzik, klip video, animasi dan suara latar serta mudah digunakan. Nilai-nilai Islam diterapkan menerusi perkaitan alam ini dengan penciptaNya, dalil, doa serta tokoh-tokoh sains Islam.

Perisian ini amat mudah dikendalikan. Hanya melalui latihan sendiri sahaja sudah boleh meningkatkan kemahiran guru-guru. Penggunaan perisian ini akan menyuntik nafas baru dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Ianya juga diharap akan menarik minat murid-murid terhadap sains melalui bentuk pengajaran yang menarik dan mudah dan seterusnya mencapai prestasi akademik yang cemerlang. InsyaAllah

MODUL
Setiap unit sesuai untuk pengajaran 90 minit hingga 150 minit.Satu pengajaran 150 minit memakan masa 1 minggu, iaitu 5 waktu seminggu pada kadar 30 minit setiap waktu. Walaubagaimanapun panjang atau pendeknya bergantung kepada kandungan pengajaran dan interaksi guru dengan murid. Setiap unit dibahagi kepada 3 komponen iaitu:

1) PENGENALAN
Satu konsep yang memperkenalkan konsep - konsep sains dengan cara yang menarik. Ianya dipersembahkan dengan penggunaan grafik, teks, video, suara latar, muzik serta animasi yang menarik

2) PENGAJARAN
Guru akan mengajar dengan mengendalikan komponen pengajaran ini secara interaktif. Guru akan dipandu oleh paparan - paparan teks ,gambar dan video yang berkaitan dengan konsep - konsep yang ingin disampaikan. Guru perlu berinteraksi dengan murid - murid dan meneruskan paparan - paparan menggunakan klik tetikus pada paparan tertentu.Komponen pengajaran ini sesuai digunakan oleh guru untuk memulakan dan melancarkan perbincangan mengenai aktiviti tersebut.Cara ini akan menarik minat murid sekaligus mengasuh minda analatikal dan membina proses sains mereka.

3) LATIHAN
Guru akan memaparkan soalan-soalan latihan dengan meminta jawapan dari murid-murid. Perbincangan setiap jawapan memerlukan interaksi guru dengan murid .Guru kemudiannya akan memaparkan jawapan yang betul.Soalan yang dikemukakan dalam bentuk soalan objektif dan subjektif.Soalan - soalan dikemukan bertujuan untuk mengukur kefahaman.

DOA
Doa sememangnya penting bagi Umat Islam dalam kehidupan seharian.Dalam siri ini doa pembukaan dan doa penutup dimasukkan untuk mendidik murid - murid agar sentiasa berdoa dan semoga Allah memudahkan penerimaan ilmu serta diberi keberkatan dan rahmatNya.InsyaAllah.

TOKOH
Islam mempunyai ramai tokoh - tokoh sains yang menjadi sanjungan bukan sahaja dikalangan ilmuan Islam tetapi juga dari yang bukan Islam. Semoga dengan pengenalan tokoh - tokoh sains Islam zaman silam dan kini dapat dijadikan contoh serta pendorong kepada murid - murid supaya meminati sains. Ianya juga menggambarkan Islam tidak asing dengan sains.

DALIL
Dalil - dalil dari Al -Quran dipaparkan untuk menunjukkan pertalian erat alam dengan Allah. Ianya juga untuk mengukuhkan keimanan murid - murid yang alam ini bukannya semulajadi tetapi dicipta oleh Allah Subhanahuwataala.

KENAPA ANDA PERLUKAN PERISIAN INI??

i) PERISIAN BERSEPADU
Perisian bersepadu antara sains dengan Islam agar keimanan dan ketaqwaaan dapat ditingkatkan.

ii) ALAT BANTU MENGAJAR

Anda guru sains mahukan sesuatu yang baru,canggih dan menarik yang boleh membantu pengajaran.Perisian ini boleh dijadikan alat bantuan mengajar sains yang amat mudah dan menarik(versi guru)

iii) BAHAN RUJUKAN

Perisian ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan ulangkaji dirumah.(versi murid)

iv)MENARIK MINAT BELAJAR SAINS

Perisian ini dijangka mampu menarik minat murid - murid terhadap sains dan juga komputer.Insyaallah.

 

Contoh Paparan Antara Muka Yang Terdapat Didalam Siri Pendidikan Al-Asr KBSR.

Contoh Modul Pengenalan Bab 1


Contoh Modul Pengajaran Bab 1

Contoh Modul Latihan Bab 1

Paparan Antaramuka Doa

Contoh Tokoh Untuk Bab 1


Contoh Dalil Untuk Bab 1